My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Warna merah hati pada mawarku… May 19, 2008

Filed under: Milestones of Life — hazelin @ 1:31 am

” Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantiNya kamu dengan kaum yang lain”. (9:39)

Ibnu Taimiyah berkata tentang tafsir ayat ini:

“Kadangkala siksaan datang dari Allah, dan kadangkala melalui tangan manusia. Apabila manusia meninggalkan jihad fi sabilillah, maka bisa jadi Allah akan menguji manusia dengan cara menimpakan permusuhan sesama mereka sehingga terjadilah kekacauan di tengah kehidupan mereka sebagaimana kenyataan yang sering kita lihat. Sebenarnya apabila umat telah sibuk berjihad fi sabilillah, maka Allah akan mempersatukan hati mereka dan menjadikan potensi kekerasan yang ada pada mereka terarah kepada musuh mereka dan musuh Allah. Akan tetapi apabila mereka tidak mahu berjuang di jalan Allah, maka Allah akan mengazab mereka dengan membuat mereka berpecah belah, sehingga mereka saling bermusuhan.”

Wa na’udzubillah..

Aku sendiri tak pasti.. apakah erti warna merah hati pada mawarku ini.. adakah kerana malu atau luka.. Yang pasti, aku tetap meyakini.. selagi manaku menjaga Allah, Allah pasti menjagaku… Ihfazillah, yahfazka!

Buangkanlah aku dari negeri, maka aku boleh melancong.. Campakkanlah ku ke dalam penjara, maka bolehlah aku berehat.. Maaflah, kerana aku sudah tidak pandai sedih dan tidak pandai putus asa hanya kerana ketentuan manusia.

< sentuhan Al-’Awa’iq>

 

One Response to “Warna merah hati pada mawarku…”

  1. einhyatt Says:

    Maaflah, kerana aku sudah tidak pandai sedih dan tidak pandai putus asa hanya kerana ketentuan manusia.

    So true….so true


Leave a Reply