My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Mari bermain! December 19, 2008

Filed under: Milestones of Life — hazelin @ 8:09 am

Bermain sambil mengambil ibrah (pengajaran). Selamat mencuba!

Permainan 1: Makan bila tiada yang melihatmu!

Permainan ini sesuai apabila mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak.

Caranya mudah. Setiap kanak-kanak diberikan sebiji gula-gula setiap orang. Kemudian mereka di arahkan untuk bertebaran (dalam linkungan kawasan yang ditetapkan) dan hanya dibenarkan untuk memakan gula-gula tersebut apabila tiada yang dapat melihat mereka. Setelah tamat masa yang ditetapkan, semua kanak-kanak tersebut dipanggil untuk berkumpul semula bagi menceritakan pengalaman mereka.

Saya tak dapat cari!

Seorang sahabat bercerita pengalamannya mengendalikan permainan ini dalam satu program. Setelah waktu tamat, dia telah memanggil semula semua peserta yang terlibat untuk berkumpul di dewan. Setelah semuanya siap berkumpul, semua peserta ditanya tentang gula-gula masing-masing. Semua peserta telah berjaya mencari tempat tersembunyi dan makan gula-gula yang diberikan sehingga habis kecuali seorang adik ini.

Apabila ditanya, adik tersebut berkata dia gagal untuk mencari tempat di mana tiada siapa melihatnya kerana Allah sentiasa ada untuk mengawasinya..

*************************************************************

Permainan 2: Susun Nombor

Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang anggota dan setiap anggota kumpulan diberikan nombor yang telah dilakar diatas kertas A4 dan diminta memaparkan nombor tersebut di dada. Orang yang pertama mendapat nombor 9, kedua mendapat nombor 1, ketiga mendapat kosong, keempat mendapat nombor 4, dan kelima mendapat nombor 6. Ada 3 kumpulan semuanya dan setiap ahli kumpulan diminta membuat satu barisan lurus ke tepi.

Permainannya mudah, yang penting ialah kefahaman kepada arahan yang dikeluarkan, kesefahaman sesama ahli kumpulan dan seorang ketua yang bertindak menyusun ahli kumpulannya. Semua kumpulan sudah bersedia mendengar arahan, kumpulan yang terpantas menyusun nombor akan mendapat satu markah.

Perlu rukun faham..

Seorang sahabat lain berkongsi pengalaman bermain permainan ini bersama rakan se-usrahnya..

Sedia? Ustaz Muhammad Ammar inginkan kepastian.
InsyaAllah. Balas kami dengan penuh semangat.
Enam Puluh Satu Ribu Empat Puluh Sembilan (61049). Jerit Ustaz.
Kami mula bergerak dari tempat masing-masing untuk menyusun nombor mengikut arahan.
Siap. Kata ahli kumpulan 2.
Salah. Balas Ustaz.
Kumpulan 2 bergerak semula memastikan kesalahan dan membetulkannya.
Kholas. Kumpulan 1 pula mencuba.
Betul dan kumpulan 1 mendapat 1 markah. Kata Ustaz.

Nampak mudah, tapi tanpa memahami arahan kita akan kaku tidak bergerak di tempat sendiri atau bergerak tanpa arah tujuan. Cuba dan anda akan merasainya.

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah FAHAM. al-Imam Hasan al-Banna meletakkan FAHAM sebagai rukun pertama dalam rangkaian Rukun Baiah yang disebutkan beliau dalam tulisannya iaitu Risalah at-Ta`lim. Walaupun ada ulama` yang meletakkan ikhlas sebagai syarat pertama Qobul al-A`mal, ia tidak menjadi kesalahan kerana mereka juga menjadikan ikhlas sebagai syarat setelah meneliti dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi, bagi seorang al-akh ad-da`ie FAHAM sangat penting dalam memastikan dakwah berada di landasan yang betul. Seorang ahli sufi juga ikhlas ingin membersihkan jiwa, meninggalkan urusan dunia dengan alasan ingin mendapatkan kehidupan akhirat yang selesa. Mereka ikhlas menyeru manusia agar bersama mengimani fikrah mereka. Kita sama sekali tidak menafikan keikhlasan mereka. Tetapi tanpa FAHAM mereka telah menyempitkan Islam yang syumul.
Kita percaya bahawa,

“Islam ialah sebuah sistem yang syumul (bersepadu) mencakupi seluruh aspek kehidupan” – Hasan al-Banna, Risalah at-Ta`lim.

Sesak dada membaca akhbar beberapa minggu lepas tentang 125 terbunuh serangan di Mumbai . Awal-awal lagi Perdana Menteri India, Manmohan Singh mengatakan militan Islam terlibat dalam serangan yang disifatkan terburuk pada tahun ini di India. Sekali lagi Islam menjadi sasaran. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari mana puak atau kumpulan, tidak mustahil kumpulan yang menisbahkan diri mereka kepada Islam terlibat dalam serangan tersebut. Mengapa perkara seperti ini berlaku? Bukankah Islam agama keamanan dan menyeru kepada kedamaian?

Kita sekali lagi tidak menafikan keikhlasan mereka, tetapi kefahaman yang salah akan menghasilkan natijah yang salah. Kejadian serangan terhadap orang awam di Mumbai ialah contoh yang jelas keihlasan tanpa FAHAM. Akibatnya Islam dan umat Islam sekali lagi menjadi mangsa.

 

3 Responses to “Mari bermain!”

  1. irshadian Says:

    menarik 2nd game ni. jom try


Leave a Reply