My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Ingin ke sana lagi, biarpun dalam mimpi.. January 17, 2009

Filed under: Milestones of Life — hazelin @ 10:51 pm

Aku duduk bersila di persisiran pantai sambil menyaksikan dua orang anak-anak Palestin berenang-renang dalam air yang tenang itu. Datuk dan nenek mereka duduk berhampiran denganku sambil memandang cucu-cucu mereka dari kejauhan. Nenek berpesan agar cucu-cucunya yang leka bermain itu berhati-hati.

Tiba-tiba ternampak sesosok tubuh bergerak pantas ke arah kami. Sang Zionist!

Dum!

Tembakan? Benarkah apa yang kudengari.

Aku menjerit memberitahu kami hanyalah orang awam. Kuyakin suaraku cukup kuat untuk didengari. Tetapi tembakan masih berterusan.

Adakah askar ini memang mahu membunuh kami? O Allah, cepatnya panggilan jihadMu! Semoga aku bersedia..

Tunduk! Kuberi arahan kepada pasangan tua itu. Kami berusaha melindungi si anak-anak kecil yang kaget dengan apa yang sedang berlaku.

Dum! Sebutir peluru pantas melintasi tanganku. Sangat hampir sehingga dapatku rasakan desirannya. Ya Allah, begini rasanya tatkala nyawa di hujung tanduk..

Hati-hati!

Askar itu semakin hampir ke arah kami. Sempat kami mengambil batu-batu berhampiran untuk dijadikan senjata melawan askar yang menggila itu.

Terasakan tanganku sangat berat untuk diangkat. Lontaranku meleset dari sasaran.

Susahnya! Bisikku sendiri di dalam hati.

Sekali lagi kucuba untuk melontar, kali ini mengguna peluru tinggalan yang kujumpai berhampiran dengan semak-semak tempat persembunyian kami.

Mengena! Tetapi hanya di sipi topi askar itu. Tidak dapat mencederakan, tidak dapat mematahkan serangannya. Harus usaha lagi!

Astaghfirullah…

Akhirnya aku terjaga dari lena. Kembali aku di atas bumi nyata. Tanpa sedar air mata mengalir deras.

Perasaanku bercampur baur. Terngiang-ngiang jeritan anak-anak itu. Terbayang wajah cemas datuk dan nenek. Teringat aku tentang balinganku yang tidak mengena dalam mimpi tadi. Terimbau kembali saat getir menghadapi tembakan-tembakan yang hampir-hampir merenggut nyawaku. Cemas, getir tapi ada ketenangan yang mengalir di hati.

Ya Allah, tetap teguhkan hati saudara-saudaraku di sana berhadapan dengan musuh-musuhMu. Wahai saudaraku, teguhkan hatimu, mantapkan kesabaranmu, maka kekuatan adalah milikmu, pertolongan Allah adalah milikmu (Al-Anfaal). Berbahagialah kamu wahai saudara-saudaraku. Engkau umat terpilih untuk mempertahankan bumi suci itu. Salah satu dari dua kemenangan (husnayain) pasti menjadi milikmu. Ya Allah, izinkan kewujudanku menjadi tambahan ke atas kekuatan umat Islam, bukan sumber kekacauan (9:47).

Kulihat jam di telefon bimbit. Pukul 3 pagi. Alhamdulillah, Allah memberi peluang untukku mantapkan lagi kekuatanku. Mihrab tahajud melambai-melambai.

Lantas kubangkit dari perbaringan untuk menuju ke bilik air. Terlanggar telefon bimbit yang kuletak di pinggir katil. Ku ambil kesempatan untuk menitip pesanan ringkas buat naqibah dan anak-anak usrahku…

Ana bermimpi berada di Palestin…

 

7 Responses to “Ingin ke sana lagi, biarpun dalam mimpi..”

  1. farhana Says:

    owh…jika itu adalah benar……

  2. hidayah Says:

    teruskan perjuangan…

  3. irshadian Says:

    apache itu berlegar-legar di ruang udara di atas kepalaku, aku ambil lastik dan batu

  4. hazelin Says:

    Farhana: :)
    Hidayah: Jazakillah
    Irshadian: Mimpi juga? :D

  5. mualaf sabah Says:

    semoga kita diberi kurniaan mati syahid. perjuangan ini mesti bersambung terus.

  6. jumie Says:

    mengimbau semula mimpi saya semasa tangkatan 2.. time tu ana sangat giat dalam gerakan islam kat asrama…..mungkin diri ana msih lagi suci dalam debu (ye ke??) ana bermimpi..
    ” dalam mimpi tersebut seorang datuk yg berserban memeluk leher Rasulullah sambil memperkenalkan kepada ana…’ini Rasulullah’..ana hanya mampu melihat dan terus terjaga.. air mata tiba-tiba mengalir.. ya Allah tunjukkan lah jalan yang lurus untuk hambamu yang kerdil..
    ” esoknya, kuliah magrib, ustaz kami dari jordan cerita pasal mimpi..
    habis kuliah ana terus jumpa n tanya..bukan untuk riak tapi untuk pengetahuan..
    ustaz kata”mimpi ana menunjukkan ilmu ana masih sedikit dan perlukan lagi pengorbanan dalam islam untuk bergerak menuju redahNya..
    so, berbalik cerita kak lin..ilmu kita atau kekuatan kita masih lagi tak mencukupi untuk berjual beli dengaNya..tapi usaha berterusan untuk mendapatkaNya..
    Amin…


Leave a Reply