My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Jadikan dirimu lebih bermanfaat dari seketul batu! January 18, 2009

Filed under: Milestones of Life — hazelin @ 4:39 am

palestine

Mari mengimbau kembali lipatan sejarah.

Seerah Rasulullah menyaksikan siri peperangan antara Islam dan kuffar di mana setiap perang itu terkandung ibrah yang unik.

Perang Badar, perang pertama antara Islam dan Quraisy Mekah. Pada awalnya, pasukan Islam dikumpulkan untuk mengambil kembali harta umat Islam yang dirampas Quraisy untuk diperdagangkan di Syam oleh Abu Sufian dah kafilahnya. Kekuatan pasukan hanya sekitar 300 orang. Tetapi, setelah mengetahui tentang misi ini, Mekah menghantar pasukan ketenteraan penyelamat sekitar 1300 orang (yang kemudiannya tinggal 1000) yang diketuai oleh Abu Jahal. Di hati umat Islam, mereka mengharapkan pertemuan mudah dengan pasukan tanpa duri (ghaira dzaati syaukah), iaitu kafilah pedagang Abu Sufian. Tetapi Allah menginginkan mereka bertemu dengan pasukan tentera Abu Jahal kerana Allah hendak membenarkan apa yang benar dengan ayat-ayatnya dan memusnahkan orang kafir sampai ke akar-akarnya. Itulah ibrah Badar: Peperangan untuk memperkuatkan yang hak dan menghilangkan yang bathil.

Perang Uhud pula, satu perang penuh tragis. Dengan kekuatan 1000 orang, umat Islam menentang kuffar Quraisy sebanyak 3000 orang. Islam hampir menang di peringkat awalnya. Namun dek kerana kelalaian, 50 orang pasukan pemanah telah meninggalkan pertahanan di atas bukit seperti yang telah diamanahkan oleh ketua turus tentera. Natijahnya, sejarah menyaksikan kufar quraisy membuat serangan balas dan terus melemahkan pasukan Islam di akhir peperangan. Pengajaran terpenting dari Uhud: Patuh arahan ketua.

Perang Hunain menunjukkkan buat pertama kalinya bilangan tentera Islam melebihi pasukan lawan. Tetapi seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran, hampir-hampir pasukan Islam dikalahkan sebelum akhirnya datang bantuan Allah. Itulah pengajaran Hunain: Apabila jumlah yang besar itu membanggakan kamu, tetapi sesungguhnya ia sama sekali tidak berguna bagi kamu (9:25).

Allah mentakdirkan perang-perang yang penuh sakit dan kepayahan untuk menanam pesanan-pesanan keimanan ke dalam hati para sahabat. Pesanan keimanan yang nampak mudah, tapi takkan dapat berkesan di hati jika hanya disampaikan dengan madah. Benarlah seperti yang diungkapkan oleh Syeikh Ibnu ‘Athoillah; “Allah telah mengetahui bahwa engkau tidak dapat menerima nasihat yang hanya berupa kata-kata, karena itulah Allah merasakan kepadamu rasa pahitnya (berupa musibah) untuk memudahkanmu cara meninggalkannya”

Jadi, apakah ibrah yang ingin Allah sampaikan melalui siri peperangan Palestin – Zionist yang panjang ini?

Bagi rakyat Palestin, serangan ini bukanlah sesuatu yang mengejut dan baru. Kekejaman ini telah bermula lebih 60 tahun yang lalu, masih berlaku dan terus berlaku. Sampai bila? Kita sudah tahu apakah kesudahannya.

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” ~ Riwayat Bukhari ~

 

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود  فيقتلهم المسلمون

 

حتى يختبىء اليهودي من وراء الحجر والشجر   فيقول الحجر

 

 او الشجر يا مسلم  يا عبدالله  هذا يهودي  خلفي  فتعال فاقتله

              

“ Tidak akan berlaku hari kiamat hinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi, lalu orang Islam berjaya membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia. ” ~ Riwayat Muslim ~

Janji Allah itu benar dan inilah api keimanan yang membakar semangat juang para mujahid di Palestin.
Their capabilities might be modest. But, their will is not. Their faith is not.

Begitulah pengakhirannya pertarungan ini. Bukan berakhir di meja perundingan, bukan terungkai dengan perjanjian-perjanjian.

“Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika (Read Obama’s speech at AIPAC here), Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.” ~ Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin. (Read more here)

Jadi apa ibrah yang boleh kita ambil dari peperangan ini?

Ada yang berpendapat bahawa serangan Israel kali ini akan menjadikan Hamas, parti yang memerintah Gaza, akan menjadi lebih kuat dan lebih diterima oleh dunia. Palestin dan negara Islam akan bersatu. Dunia pula akan nampak belang sebenar Israel.

Ada juga berpendapat bahawa Gaza adalah hujah Allah swt kepada umat Abad 21, bahawa Iman di hati 1.5 juta umat boleh berdepan dengan 5 juta Yahudi lengkap bersenjata menyerang dan mengepung, 300 juta rakyat Amerika, 400 juta rakyat Eropah, 250 juta rakyat Rusia yang mendokong dan berbilion umat dunia yang kufur dan musyrik, walau 1 bilion saudara seIslam mereka leka dan lena. (Read more here)

Pendapat saya, serangan sengit Israel kali ini adalah peluang yang Allah sediakan untuk setiap umat Islam bangkit dari lena yang panjang, kembali sedar untuk menjalankan tanggungjawab terhadap bumi suci itu. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing yang mana diakhir nanti, kita akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung apa yang telah kita perbuat.

Bagi saudara-saudaraku di Palestin,
Berbahagialah kamu, salah satu dari husnayain adalah milik mu.. Aisy ‘azizan aumut syahidan. Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bersabarlah dalam menghadapi musuh-musuh itu, maka kekuatan adalah milikmu, bantuan Allah adalah milikmu (Al-Anfaal).
“Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).

Bagi umat Islam sedunia,
Bersamalah turun ke medan jihad ini dengan sehabis dayamu. Ingatlah perjuangan burung hud-hud yang cuba memadamkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim dengan menyiram air menggunakan paruh kecilnya. Hentikanlah dari mengkritik usaha orang lain dengan menyatakan boikot itu takkan ke mana, demonstrasi itu tak membawa makna. Sebaliknya, tanya diri sendiri: Sudahkah kau melakukan usaha yang cukup untuk membantu Palestina untuk dijadikan jawapan di hadapan Allah kelak.

Kepada yang masih mahu terus tidur,
Berdoalah agar Allah melembutkan hatimu. Janganlah biarkan hatimu lebih keras dari batu, sedangkan batu membenarkan air mengalir melaluinya. Tidak ngerikah kamu seandainya keengganan kamu melakukan sesuatu untuk membantu umat ini adalah kerana Allah tidak sukakan keberangkatanmu? Kerana kamu hanya akan menambah kekacauan, bukan kekuatan?

“Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. ” ~At-Taubah: 46-47 ~

Tetapi, kalau mahu terus tidur, maka buatlah sesuka hatimu. Allah sudah ajarkan jawapan untuk dilemparkan kepada orang seperti kamu.

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil”. ~ Al-Qasas:55 ~

Terserah kepada kita bagaimana hendak melakarnya, kerana pertarungan ini masih berjalan, belum lagi menjadi sejarah. Berjihadlah dengan sehabis dayamu. Kamu adalah makhluk yang paling baik kejadiannya. Maka, jadikanlah dirimu itu lebih bermanfaat dari seketul batu, sedang batu itu pun mampu menjadi senjata, menyahut seruan Intifadha!

 

One Response to “Jadikan dirimu lebih bermanfaat dari seketul batu!”

  1. irshadian Says:

    quiz; apakah titik kekuatan ummat islam


Leave a Reply