My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Yahdi Qalbah March 5, 2009

Filed under: Milestones of Life — hazelin @ 11:34 pm

Ya Allah,
Lindungi diri kami dari lebih banyak menyungkil kesalahan orang lain daripada muhasabah akan khilaf diri sendiri.
Lindungi kami dari pernah berburuk sangka terhadap saudara sendiri walau dalam sesaat.
Tetap lapangkanlah hati kami, walau diasak pelbagai sangkaan meliar.
Hanya kepadaMu kami sandarkan segalanya.
Usia dan tenaga kami, harta dan jiwa kami, impian dan perasaan kami, hidup dan mati kami.

Alangkah indahnya tarbiyah Mu ya Allah.
Kau ajar kami membalasi setiap keburukan dengan kebaikan.
Kelapangan dada bukan kesempitan.
Sangkaan baik, bukan keburukan.
Yang sabar itu wajib, redha lebih baik.

Indahnya hidup kerana Ilahi.

Ampuni kami ya Allah..
Kurniakan kami pimpinan hati..
Ajarkan kami memahami semua ini..
Amin.

 

One Response to “Yahdi Qalbah”

  1. ummu mujahid Says:

    slm..lama xde update..apekabo ukhti kt sana..bile lg blh jmp?


Leave a Reply