

Alhamdulillah, minggu ini masuk minggu ke-17 usia kandungan pertama saya. Ini juga bermakna (theoretically) berlalu sudah gelombang 1st trimester yang mencabar, terutamanya bagi ibu muda seperti saya. Semoga Allah terus memberi kesihatan dan tenaga untuk menunaikan banyak hak dan tanggungjawab yang masih belum usai.
Semalam, saya mengambil peluang untuk menghabiskan masa sehari semalam di rumah sahabat seperjuangan saya, ukht R, kerana suaminya outstation. Masa banyak terisi dengan perkongsian isi buku yang kami telah baca sambil diselitkan dengan cerita-cerita kenangan silam. Ukht R juga tak lokek untuk berkongsi pregnancy advice and tips, berdasarkan pengalaman peribadinya.
“Kak, takut tak masa nak deliver tu? Akak takut tak kalau akhi takder masa tu?”, soal saya kepada ukht R.
“Oh, akak memang tak putus-putus berdoa agar akhi ada disisi akak masa delivery.. Memang berdoa..”
“Kes saya lain kak. Saya taknak mengharap sangat sebab tahu akhi memang jauh. Saya taknak pasang harapan tinggi sangat supaya tak kecewa. Kena setmind dan didik hati dari sekarang..” pintas saya.
Jawapan yang terpacul dari mulut saya membuatkan saya terfikir sendiri. Antara taknak mengharap kerana takut kecewa dan untuk terus berdoa kerana yakin dan bersangka baik padaNya. Saya jadi keliru pula.
Tengah hari tadi Allah beri kesempatan untuk berehat sejenak di surau pejabat sambil membaca lembaran mushaf alQuran. Surah Mariam menjadi pilihan. Hati ini seakan terpana tatkala bacaan melewati doa pengaduan Nabi Zakaria yang Allah nukilkan..
“…Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo’a kepadaMu, ya Tuhanku…” (19: 4)
Hati saya menangis malu apabila mengenangkan lemahnya keyakinan sendiri terhadap janji Allah walau hanya diuji dengan dugaan kecil.
Berdoalah, maka Aku perkenankan..
Berdoalah.. kerana doa itu ibadah..
Berdoalah.. kerana doa itu perintah..
Berdoalah..
eh x sangke ade update hehe…insyaAllah, moga dipermudahkan pregnancy n birth, hanya Dia yg tahu apa yg terbaik =)
me too, keep on praying that hubby will be around when it’s time to deliver Imaan. Alhamdulillah, the pain started on Sunday.
yosh kak lin. be strong both of u