My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Ramadhan kali ini… August 21, 2010

Filed under: Milestones of Life — hazelin @ 1:07 pm

courtesy of kimkatkeblack. Minta halal post di sini ye dik.

Hari ni sedar tak sedar dah masuk hari ke sebelas Ramadhan 1431H.  Dengan harapan yang menggunung, semoga Ramadhan kali ini lebih cemerlang dari Ramadhan yang lepas.

Jika Ramadhan lepas adalah Ramadhan pertama sebagai isteri, Ramadhan kali ini pula lebih istimewa bersama si kecil yang masih dalam kandungan. Alhamdulillah, lil caliph sangat memahami, tak banyak ragam sepanjang puasa.. Semoga lahir nanti menjadi anak yang soleh dan musleh. (cant wait to hold you in my arms, my dear..)

Hanya seminggu sahaja waktu yang tinggal untuk saya berada di negeri bawah bayu ini sebelum berangkat pulang ke semenanjung buat sementara (4 bulan sahaja). Hati terasa berdebar-debar, antara gembira dan gentar. Gembira kerana berpeluang untuk merasa (walau sekejap) tinggal dan bekerja dekat dengan keluarga dan sahabat handai. Gentar kerana memikirkan banyak tanggungjawab yang terpaksa diserahkan pada orang lain untuk dilaksanakan bagi pihak diri ini. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

Akan rindulah saya pada teman seperjuangan di sini, adik2 PEMBINA yang semakin mengorak langkah, team AP, tak dilupakan geng surau SBO yang baru dibentuk (alhamdulillah, Ramadhan kali ini lebih manis dengan sesi ‘pengantar tafsir’ setiap zohor, penuh nuansa ukhuwah dan keinsafan :) ).

Semoga kita mengambil segenap peluang untuk menuai ganjaran dalam hari-hari Ramadhan yang masih berbaki. Penuhi dengan ibadah puasa yang kualiti, qiam yang konsisten, tilawatul quran yang tertib, dan sedekah yang ikhlas. Semoga berjaya menjadi graduan madrasah Ramadhan yang mendapat anugerah TAQWA first class! Kullu aam wa antum bikhair!

 

2 Responses to “Ramadhan kali ini…”

  1. dia Says:

    soo sweet…

  2. amal Says:

    semoga semuanya ok..lil caliph, nanti aunty g jmpa kat kk


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.