My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

What’s up? May 11, 2011

Filed under: Milestones of Life,Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 5:36 am

20110511-035052.jpg

Oh, dah lamanya tak menulis.
Many things happened interesting enough to be shared but i just managed to write them down in my head.

1. Returning back to office after a luxurious maternity leave. I only had less than two months to complete all kpis that i promised to do in my performance contract. Alhamdulillah mama n cik ah were here to accompany us (i mean aadil n i since baba still away). Jazakumullahu khairan, only Allah can pay back all your good deeds. They were here for two months, with the hope that aadil would be prepared to be sent to nursery at the age of four month.

2. We are finally together as Wan family! Alhamdulillah! Allahu akbar! Penantian n doa hampir 2 tahun akhirnya termakbul.. Bila dah rasa nikmat living together under one roof, rasa hilang penat lelah duka luka waktu berjauhan. Ini baru secicip nikmat duniawi.. Teringat satu hadith yg lbh kurg mafhumnya:
Org yg paling nikmat d dunia, apabila d celup dgn satu celupan d neraka dia lupa semua nikmat dunia seolah tidak pernah merasa nikmat dunia.
Org yg paling susah di dunia, dimasukkan ke syurga sekelip mata, dia lupa semua kesusahan dunia seolah2 tak pernah mengalami kesusahan dunia.

Semoga dapat kukecapi nikmat syurga.. Amin..

3. Aadil will be 7 months next week!!! How time flies!! He’s doing amazing, growing up and developing new skills over the time at his own pace (yes, every baby’s development is unique). Now preparing himself for crawling- lifting up his butt/ back, doing stationary swimming (rupa macam nak berenang tp tak gerak ke mana pon). Mama n baba know that it’s time for us to also prepare the house to be child proof. Ouh, he’s also advancing his verbal skill. Dah pandai sebut mamama when he wants to be fed and say bababa when he needs nappy change! Clever boy ­čÖé

4. After some hesitation and thirough life cycle cost analysis, i finally got myself an iphone4. Yes, might be a bit late as the next generation of iphone is emerging soon anyway. Well, i aint an into-latest-cutting edge-gadget kind of person. As long as it can serve my need, i can live with just a basic laptop and handphone. But with additional roles and responsibilty, i decided to make some investment so that i can serve my role more effectively and efficiently. So this lil gadget in my hand comes with this oath. Huhuhu..

I think enough for now. Pen off.

 

I’ll take it easy December 19, 2009

Filed under: Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 5:59 pm

Dah lama blog ini ditinggalkan sepi. Bukan tidak berminat lagi, bukan tidak mencuba. Setiap kali menulis, saya teragak-agak untuk tekan butang ‘Publish’ walau pun draft sudah disiapkan. Mungkin kerana saya terkesan dengan pendapat orang yang berpendapat blog yang baik adalah blog yang berkonsep ilmiah. Mungkin juga kerana saya terlampau bersikap perfectionist, walaupun pada hakikatnya saya memang tidak mampu untuk menghasilkan penulisan yang baik. Mungkin saya sendiri yang kekeringan idea, ilmu dan pengalaman yang hendak dikongsikan sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana saya takut pembaca akan menghakimi saya berdasarkan penulisan saya di sini. Dan mungkin juga kerana pelbagai alasan lagi yang saya boleh senaraikan dengan panjang di sini.

Walau apa pun alasannya, saya mahu berjanji pada diri saya untuk tetap istiqamah dengan penulisan blog dengan niat untuk berkongsi kebaikan yang sedikit dari pengalaman kehidupan diri ini dengan pembaca sekalian (jika ada). Semoga Allah terima sebagai amalan baik untuk timbangan di hari akhirat kelak. Amin.

Sejak kebelakangan ini, saya perhatikan banyak penulisan telah dihasilkan berdasarkan pengalaman hidup individu dengan tema penulisan yang agak ringan atau easy going. Secara jujurnya, saya juga lebih berminat dengan penulisan yang ringan tetapi dapat memberi kesan kepada hati. Penulisan yang terlampau ilmiah agak memberatkan otak dan melunturkan minat membaca (oh, saya sangat berbeza dengan suami saya yang mampu membaca text arab yang sangat panjang dengan penuh minat). Jadi, saya rasa saya akan kembali menulis dengan tema yang lebih mudah, berdasarkan pengalaman hidup sendiri. I’m not a good writer, nor an academician. I’m just a slave of Allah who is hoping to do some good to the world she is living, to pick up every single opportunities to gain blessing from Allah.

I’ll take it easy! I’ll say EASY to writing!

 

Biskut Lumpur October 17, 2008

Filed under: Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 11:02 pm

..betapa indahnya hidup panjang dan pelbagai jika di ambil pengajaran dan digunakan pula untuk dakwah kita…

Malam tadi berkesempatan menonton berita nasional. Banyak berita yang menyesakkan hati dan otak. Anak murid tendang cikgu, kes pembunuhan kejam suami isteri yang mayatnya dicincang dan dihumban dalam tong berisi air dan banyak lagi. Betapa rendahnya nilai kemanusian dan sensitiviti dalam masyarakat hari ini. Dulu, gejala bohsia dan bohjan merupakan isu masyarakat yang sangat besar, digembar gemburkan di dada akhbar dan siaran berita nasional setiap hari. Hatta dalam majalah Gila-Gila pun bohsia dan bohjan diperlu seteruk-teruknya. Itu dulu; satu fenomena yang menunjukkan masyarakat masih lagi sensitive dengan penyakit sosial yang melanda. Sekarang, mayat dijumpai berkecai kerana disyaki dibunuh atas alasan dendam merupakan berita yang sudah lali di telinga, langsung tidak mengesan di jiwa.
(more…)

 

Jalan Bahagia May 20, 2008

Filed under: Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 2:49 am
 
Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan

Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

 
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
Lagu & Lirik : Kamal Halim
 

Take time to smile February 2, 2007

Filed under: Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 2:51 am

When I learned ‘You Are What You Eat’, I realised I wasn’t nuts.

=)

 

Hari itu June 11, 2006

Filed under: Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 2:24 am

A tribute to my brothers and sisters all over the world. May Allah strengthen our imaan and keep us remain steadfast in this deen. Have faith in the promises of Allah. Victory will be ours, be it sooner or later.

Aku tak sanggup lagi..

Melihat ummatku dicincang mati oleh kuffar jahannam!
Aku benci sang kuffar yang bertopengkan polis penjaga keamanan sejagat
Aku benci mereka si laknat kuffar!
Kau membunuh ummatku bagai membunuh tikus dan serangga perosak
Tidakkah kau tahu yang engkau itu lebih hina dari bangkai?

Aku benci kau sang kuffar!
Tunggulah engkau di hari akhirat nanti
Kami semua akan mendapat perlindungan dari Tuhan kami
Yang hakikatnya Tuhan mu jua..
Yang enggan kau akuiLantaran keangkuhan dan kebodohanmu!
Tunggukan hari itu..
Bila masa kau akan diheret masuk ke neraka jahannam
Yang mana pada ketika itu kau akan memohon untuk mati lagi
Kerana kau fikir mati itu lebih enak dari dihumban ke dalam gaung neraka itu..
Memang!
Tidak ada yang lebih dahsyat dari seksaan dan kehinaan itu
Rasakan!!!!!!!!! 

Tunggukan hari itu..
Biar kau tahu apa itu maksud ketakutan
Biar kau tahu apa ertinya kesengsaraan
Kerana sekarang kau rasa engkau serba cukup dan serba perkasa
Engkau fikir dunia ini engkau yang punya

Tunggukan hari itu..
Hari tiada perlindungan..
Hari terkoyaknya segala rahsia
Akan kami adukan pada Tuhan kami apa yang engkau telah lakukan
Kami akan laporkan segala jenayah hitammu!
Dan pastinya Tuhan akan mengoyakkan segala belangmu
Tiada satu yang tinggalKerana Tuhan itu Maha Halus HisabanNya 
Tunggukan hari itu..
Biarkan engkau rasakan balasan dendam kesumat ini
Biar kau pula menjerit melolong dan merintih
Di depan Tuhan kau akan memohon dikembalikan ke dunia
Ingin membetul kesilapan, ingin menjalan peranan sebagai hamba
Ahhhhhhhhh… Lupakanlah! 

Aku tak tertahan lagi..

Airmata ini semakin banyak tumpah
Luka di hati ini semakin parah..

Melihat ummatku semakin sedap diratah.. 

Tapi yang lebih aku tak tahan

Apabila aku hanya mampu menangis dan berasa kecewa

Aku hanya menantikan hari itu akan tiba

Aku hanya mengeji kegelapan..

Tapi gagal membantu apa-apa 

Kuatkanku ya Allah

Kuatkan imanku

Kuatkan keazamanku

Kuatkan pendirianku

Tetapkan tempatku di bawah lembayung redhaMu

Semoga Kau terus menyirami hatiku dengan keinsafan ini ya Allah

Agar satu masa nanti akan dapat ku kumpul kekuatan

Untuk ku lakukan sesuatu demi ummat ini..

Dan tidak hanya bermenung sambil menanti hari itu.. 

http://www.islamonline.net/English/News/2006-06/10/01.shtml

http://islamonline.com/cgi-bin/news_service/middle_east_full_story.asp?service_id=11486

http://www.islamonline.net/English/News/2006-06/02/01.shtml

 

sLeeP March 27, 2006

Filed under: Not-So-Random Thoughts — hazelin @ 7:06 pm

 Swamped with works. Do I still have time to sleep?

 51: 15-18. As to the Righteous, they will be in the midst of Gardens and Springs,   Taking joy in the things which their Lord gives them, because, before then, they lived a good life.   They were in the habit of sleeping but little by night,   And in the hour of early dawn, they (were found) praying for Forgiveness;

39: 42.  It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.  

78:  8-9  And (have We not) created you in pairs,   And made your sleep for rest.

Yes, just follow the manual given by The Creator.

The bullfrog is the only animal that never sleeps.