My Way Home

The pens have been lifted. The pages have dried.

Beautification December 29, 2008

Filed under: Reminder — hazelin @ 2:20 pm

ان الله لا ينظرالى صوركم واموالكم ولكن ينظر الى قلوبكم واعمالكم

 

“Verily Allah does not look to your faces (shapes) or your wealth, but He looks to your hearts and to your deeds” (Muslim). 

 It’s our hearts that need constant beautification, not our bodies.

Advertisements
 

Mutiara hikmah November 18, 2008

Filed under: Reminder — hazelin @ 10:02 pm

 

“…Insan berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu, Insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa, Insan berfikiran rendah gemar berkata tentang kesilapan insan lain, Insan berfikiran cetek gemar berkata memuji diri sendiri…”

 

Daie-daie Yang Penat September 4, 2006

Filed under: Reminder — hazelin @ 10:38 pm

 

Ilmu Islam

            Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.

            Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan. Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da’ie-da’ie yang ketika awal dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi? Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ? Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah da’ie-da’ie yang telah penat. Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:

”…dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)” – (47:38)

            Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan, pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan.

            Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da’ie-da’ie ini? Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya!

Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri sendiri.

            Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.

            Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah kehabisan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat. Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da’ie-da’ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai ”senior” didalam kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap ”jasa-jasa” yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini.

            Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da’ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu. Ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini. Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da’ie-da’ie ini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri. Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allah tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam beribadah. Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif maka bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera. Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan.

            Moga-moga Allah melindungi da’ie-da’ie ini.

Oleh: Aminuddin Yahaya

 

To whom it may concern May 16, 2006

Filed under: Reminder — hazelin @ 4:55 pm

Firstly, I would like to apologise if I am not using the right channels to forward this proposal. I write this short email to appeal to your club, on humanitarian grounds, to start a fund to assist our brothers and sisters in Palestine.

We are all well aware that the U.S. and the EU cut off direct aid to the Palestinian government after Hamas came to power in March. Israel also imposed tough financial sanctions on Palestine. In order to rule, the Palestinian Authority will need the monthly $50 million in tax revenues collected at the border by Israel as well as the $235 million in aid from the U.S. and the $1 billion received annually from the EU and Western governments. With a budget of $1.9 billion, 31 percent unemployment, high inflation, and no growth, the population of the occupied territories will starve without financial aid. It is also estimated that an economic catastrophe will be looming in the Palestinian territories, as many factories, transport and even hospitals will stop working due to the recent cut of petrol supply by Israel.

Certainly, on global level, the dialogue between governments as to the implication of Hamas as the leading government may raise many conflicts. Nevertheless, I believe that the real victims of this issue that we should address are the lay people like you and me, who are facing hunger and deprivation due to sanctions imposed upon their democratic choice of leadership.

Regardless of religion, race or politics, this is a worthy humanitarian cause that needs addressing. I strongly believe that your organisation could make a difference in alleviating the Palestinian aid crisis either by campaigns to raise awareness or donations. Thank you for your time and cooperation. May God bless us all.

p/s: A sample of letter of proposal. Can be copied and fowarded freely. 

 

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia May 15, 2006

Filed under: Milestones of Life,Reminder — hazelin @ 9:49 pm

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di
Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi
Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi
Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf
Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.

 

My Life March 27, 2006

Filed under: Reminder — hazelin @ 7:28 pm

Question: Can you please tell me about your religious life?

Answer: Inna solaati wa nusuki wa mahyaaya wa mamaati lillaahi rabbil 'aalamiin. InsyaAllah, that is my life. 

So blogreaders, how about yours? 

 

Anger Management March 21, 2006

Filed under: Reminder — hazelin @ 4:10 am

Extraction from Al-Adab Al-Mufrad by Imam Bukhari:

Chapter 640: Anger

Abu Hurayra said: “The Messenger of Allah (pbuh) said, ‘The strong person is not the one who can knock people down. The strong person is the one who controls himself when he is angry.'”

Ibnu ‘Umar said: “There is nothing that is swallowed which has a greater reward with Allah than in the case of a slave (of Allah) who swallows and contains his rancour out of the desire to please Allah.”

Chapter 642: A Person Should Be Silent When He Is Angry

Ibn ‘Abbas said: “The Messenger of Allah (pbuh)said, ‘Teach and make it easy. Teach and make it easy,’ three times. he went on, ‘When you are angry, be silent,’ twice.”

Anger is one of the human’s doors of vulnerability towards syaitan. May Allah protect and guide us all.